19 Disember 2019 - 17:57
Tunjuk Perasaan Anti-Kerakyatan India, 2 Lagi Maut

Dua orang maut akibat kecederaan dalam tunjuk perasaan ganas menentang undang-undang kerakyatan baharu India di bandar Mangaluru, selatan negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua orang maut akibat kecederaan dalam tunjuk perasaan ganas menentang undang-undang kerakyatan baharu India di bandar Mangaluru, selatan negara itu.

Menurut beberapa pegawai hospital, sekurang-kurangnya seorang daripada kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat ditembak polis.

Pegawai kerajaan tempatan, Sindhu B Rupeh berkata, pertempuran berlaku antara orang ramai yang membaling batu dengan polis di Mangaluru, sejak tengah hari ini.

Katanya, orang ramai tidak mengendahkan larangan perhimpunan awam yang dilaksanakan pihak berkuasa. - Reuters